PRU15 | 7,700 pegawai, anggota polis Kuala Lumpur ditugaskan

2022-10-17 0

Kira kira 7,700 pegawai dan anggota polis akan terbabit dalam tugas mengawasi proses penamaan calon, berkempen dan di pusat pengundian di Kuala Lumpur serta Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata kesemua pegawai serta anggota tersebut melibatkan pelbagai jabatan dan bahagian peringkat polis kontinjen selain Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).